THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, July 29, 2010

MASA SILAM FLAME CASTER

Cerita ini bermula daripada seorang budak anggaran 8 tahun telah mencipta suatu mesin iaitu The Time Travel untuk membetulkan kesilapannya yang dia lakukan dahulu tapi malang sekali mesin tersebut telah menghantarnya 25 tahun yang lalu , dikawasan yang tidak dapat dikenal pasti .

Disitu dia telah berjumpa dengan seorang pemuda yang bercita-cita tinggi iaitu untuk memberi keamanan kepada negaranya . Pemuda itu bernama Isunjo ( Old Master ) . Budak yang mahu digelar sebagai FLAME CASTER telah membantu Isunjo untuk mencipta satu pangkalan terapung dan menubuhkan persatuan yang digelar sebagai FLAMIOUS pada mulanya . Lama-kelamaan masyarakat dikawasan tersebut dan hampir kesemua rakyat dalam negara ingin menyertai persatuan itu .

Sebulan telah berlalu , tercetusnya peperangan dunia pertama dimana pihak luar rasa tidak puas hati dengan Flamious dan ingin memusnahkannya , terutamanya puak kaum oshi ( musuh ketat Flamious setiap zaman hinggalah permerintah ke-10 ) . Disitulah laungan Flamious bermula apabila negara Flamious bersatu untuk mempertahankan negara mereka . strategi peperangan telah dibuat oleh Flame Caster , dimana di barisan hadapan diketuai oleh Flame Caster itu sendiri ( ketua ) , tentera elit , para pemerintah dan tentera bersenjata jarak dekat . seterusnya diikuti pula dengan rakyat yang ingin berjuang , tentera , raja , dan orang luar yang turut serta untuk membantu . Sejarah ini teelah dicatat di dalam buku ‘ THE HISTORY OF FLAMIOUS ‘ dimana Cuma kerana seorang budak Flamious menang dalam peperangan dunia .

Selepas peperangan berakhir , Flame Caster telah ditabalkan sebagai ketua ( MASTER ) bagi memerintah Flamious . Malangnya dia telah berikan jawatan itu kepada Isunjo ( pemuda sebelum ini ) . Selepas jawatan itu diberikan , suatu Gap Black Hole telah muncul dihadapan Flame Caster .lalu dia telah disedut dan terus ke masanya yang sebenar . malang sekali ingatan dan pengalamannya telah hilang . Dia bayangkan seperti dia Cuma bermimpi tentang kejadian yang telah berlaku kepadanya .

7 tahun telah berlalu , sekarang ini budak tersebut sudah dalam tingkatan 3 . Di suatu hari , ada sebuah persawat besar telah mendarat di padang sekolah dimana tempat budak tersebut belajar . Di padang , seorang pemuda yang berpakaian seragam dan kemas telah keluar dari pesawat itu . Pemuda tersebut pergi ke kelas dimanabudak tersebut belajar . Pemuda itu duduk dihadapan Akilas ( budak tersebut ) dan apabila Akilas memandang pemuda itu , pemuda itu terus berkata “ Engkaulah yang kami cari selama ini . Engkaulah Flame Caster yang kami cari .” Akilas pelik mendengar kata-kata yang diucapkan pemuda itu , lalu dia berkata “ Memang saya Flame Caster tapi itu Cuma nama samaran saja . Saya baru saja buat nama itu kerana maksudnya yang sangat mendalam ” . “ Hah . Itulah kata-kata yang Flame Caster katakan dahulu . Ini memang betul kamu Flame Caster ” . “ Saya dah kata bukan , saya tak tahu pun semua ni ” . “ Mari ikut kami dahulu , mungkin dalam pejalanan kamu sdar apa yang telah kamu lupakan selama ini ” . Selepas perbicaraan itu , dengan rela hatinya Akilas ikut pemuda itu terus menaiki persawat dan terus meninggal sekolah menuju ke Flamious place . Mereka meninggalkan sekolah itu begitu sahaja .

Tiba saja disana , Akilas tergamang sebentar setelah melihat kawasan Flamious tersebut . Ia seperti kayangan di atas langit . Besarnya seperti sebuah negara , dengan menggunakan anti-gravity . Permukaan atasnya rata dan dipenuhi dengan bangunan yang canggih . Kawasan bawahnya pula berbentuk menghampiri bulat tetapi adakeunikannya yang tersendiri serta dipenuhi dengan cahaya dan kawasan persawat besar dan jet perjuang keluar . Suasananya yang sungguh nyaman dan penduduknya yang harmoni . Penduduk dikawasan ini hampir kesemuanya berpakaian seragam dan kemas . Disini juga terdapat kereta , motor , pesawat kecil , dan gerai yang bergerak . Hampir kesemuanya terapung dan bergerak dengan laju serta membuat jalan menjadi lebih lancar .

“ 30 tahun telah berlalu , inilah hasil yang kami dapat tingkatkan untuk Master atas apa yang Master telah lakukan sebelum ini ” kata pemuda itu . Lalu dia menghulurkan tangannya dan berkata “ Selamat kembali Master , saya Rein bersedia berhikmat dibawah pemerintahan Master ” . “ Master !? tapi saya tidak tahu semua ni bagaimana saya nak memerintah , saya tidak penah memerintah pun , macam mana saya nak memerintah ” . “ Mari ikut saya , saya akan tunjukkan sejarah yang telah Master terdahulu ( Old Master ) tinggalkan ” . Lalu mereka menaiki kereta terapung dan terus menuju ke bangunan yang dibina khas untuk sejarah , khazanah lama , alat ciptaan Flame Caster , dan dokumen penting ddidalamnya .

Tiba saja disana Akilas melihat bangunan tersebut , ia sungguh besar dan unik ukirannya . “ Mari masuk ke dalam Master ” kata Rein . Lalu mereka menuju ke dalam bangunan tersebut . “ Ini dia sejarah tentang Flamious yang tercatat dalam buku ‘ The History Of Flamious ’ . Cuba Master bacanya dulu mungkin Master dapat mengingatnya kembali ” . Akilas mula mengambil buku itu dan terus membacanya . Tiba-tiba terdengar pula telefon Akilas berbunyi , lalu Akilas menggankat telefon itu . “ Hello , mashiro ada apa telefon ni ? ” . “ Akilas , bahaya ! Shahira kena colek oleh sekumpulan pemuda . Kami cuba tahan mereka tapi mereka ada senjatalah . Mungkin kau boleh minta bantuan daripada pemuda tadi . Tolong !! Cepat !! ” . “ Baik ( meletak telefon ) . Rein tolong saya cepat ” . “ Ada apa Master ? apa yang telah berlaku ? ” . “ Kawan saya kena colek . Kita kena cepat , takut ada apa-apa akan terjadi padanya . Sediakan pesawat yang paling laju ” . “ Baik Master . ( kata kepada salah seorang pegawai ) ‘ Siapkan jet sekarang ‘ . Master mahu guna senjata apa ? ” . “ Bawak saja apa ada tapi sediakan saya pedang ya ” . “ Baik Master ‘ Masuk cepat gunakan pesawat A.K.310 ’ ” . Suara komputer “ Pesawat A.K.310 Ready To Fly in 5 second ” . Lalu mereka bergegas masuk ke dalam pesawat tersebut . Akilas mengambil tepat permadu dan terus menutup pintu yang ada . Dia mula menembakan roket yang ada . “ Master , itu bahaya ! Kita tidak boleh tembakan roket dalam bangunan dengan kuat sebelum pintu terbuka ” . Malangnya Akilas tidak mendengar kata-kata itu . Pintu gate dibuka , lalu Akilas melepaskan break , lalu jet tersebut terus maju kehadapan dengan laju . Semua orang didalam pesawat itu kaku dan takut dengan cara Akilas membawa jet tersebut .


Setibanya disana , Akilas gegas melompat dari langit ke darat yang dianggarkan tingginya 5 meter dari darat . Dia hanya membawa sebilah pedang dengannya . Sampai saja dia mendarat , dia segera pecahkan pintu tersebut . Semua penjahat segera menghulurkan pistol ke arahnya . Pada mulanya Akilas tidak bergerak tetapi selepas pisau dihulurkan di leher Shahira , dia mula marah . Lalu dia mengeluarkan pedang dari sarungnya dan penjenayah itu mulakan serangan . Reaksi mukanya berubah apabila leher Shahira berdarah sedikit . Ini membuatkan Akilas bertambah marah , lalu semua penjenayah yang ada disitu mati dengan begitu ngeri sekali . Shahira tidak dapat bertahan lagi . Sebelum matanya tertutup , dia sempat melihat dimana Akilas yang sedang bertarung bukanlah Akilas yang diakenal dahulu . Seorang pengecut , dan paras mukanya yang berlainan daripada yang dia pandang sekarang . Selepas petarungan itu berakhir , Akilas ternampak dimana Shahira telah pensan , lalu dia mengangkat Shahira keluar . Diluar orang-orangnya memberikan rawatan yang segera .

Tidak berapa lama kemudian , Shahira telah sedar semmula . Ada sesuatu yang hendak dia perkatakan apabila dia sedar “ Arrhh..... Saya!! Saya tak percaya ! Itu bukan Akilas ng sebenar ! Dia.... Dia dah macam raksasa ” . Ketika itu , Rein telah mendengar percakapan itu , lalu dia menyampuk “ Rupanya macam mana ? matanya macam mana ? ” . Ketika itu Akilas berada di sit kawalan untuk mengarah orangnya terbang ke sekolah . Rein mengambil peluang utuk mengetahui apa sebenarnya Akilas itu Flame Caster yang di perceritakan oleh Old Master . Lalu Shahira berkata “ Matanya berwarna merah dan mempunyai simbul yang berbentuk shuriken . Rambutnya berwarna merah , giginya sangat tajam , tangannya macam mengeluarkan sesuatu . Darah penuh padanya yang membuatkan saya tidak beberapa jelas ” . Sewaktu Akilas di sit kawalan , dia terdengar suara Shahira berkata-kata dibelakang . Lalu dia bergegas ke sana untuk melihat sama ada Shahira telah sedar atau belum . Sementara itu Rein telah leka mendengar perkara yang di perkatakan oleh Shahira . Rein hilang dari lamunannya apabila Akilas menjerit dari belakang “ Shahira ! Awak dah sedar ” . Pada mulanya reaksi Shahira sangat takut apabila mendengar suara itu tetapi mukanya mulai ceria selepas melihat Akilas sudah balik kepada yang asal seperti dia kenal dahulu .

“ Shahira.... lega saya apabila melihat awak sudah sedar . Macam mana OK tak ? ” . “ OK apa ” jawap Shahira . “ Lah OK apa lagi , awak lah ” . “ Ohh.... saya ingatkan tentang awak . Saya Oklah tak perlulah risau sangat ” . “ Takdelah... saya pantang apabila orang lain buat awak macam tu ” . Sambil menundukkan kepalanya , Shahira bersuara “ Terima kasih kerana awak telah selamatkan nyawa saya tadi . Kalau awak tidak muncul disaat terakhir saya tadi tak tahulah apa akan terjadi pada saya nanti ” . “ Takpe saya akan sentiasa bantu awak dalam apa jua halangan yang menimpa awak . Saya akan berusaha untuk berjaya ” . Shahira mula mendongak semula kepada kedudukan asal . “ Master , kita sudah sampai di sekolah Master ” kata juru terbang melalui Earphone Akilas . “ Baiklah Shahira , sampai disini sajalah . Jaga diri baik-baik OK ” . “ Terima kasih sekali lagi Akilas atas apa yang telah awak lakukan untuk saya ” . Lalu pintu dibuka dan Shahira turun dari pesawat itu . Pesawat itu berlalu pergi sehingga hilang dari pandangan orang yang berada disitu .

Sementara dalam perjalanan pulang ke pangkalan , Rein telah berkata sesuatu kepada Akilas “ Saya dah agak dia memang awak . Tak ubah seperti dulu ” . “ Apa kamu cakapkan ni Rein ? Saya tak faham ” . “ Memang awaklah Master yang terulung yang kami cari selama ini . Sekarang saya telah menemui buktinya yang sahih dan tidak berasa ragu-ragu lagi membuat pilihan ” . “ Dah berapa kali saya cakap , saya bukan Master yang awak cakap . Itu Cuma nama samaran sahaja . Apa buktinya yang awak katakan begitu , tunjukkanlah ! ” . “ ianya ada pada awak sendiri kalau awak sedar . Tadi Shahira telah ceritakan kepada saya , bagaimana reaksi awak waktu bertarung tadi . Reaksi awak memang seiras dengan Flame Caster yang diceritakan oleh Old Master dahulu dimana ‘ Seorang budak ketika bertarung , rambut dan matanya bertukar merah . Anak matanya berbentuk seperti shuriken . Kuasa dan semangat yang mengalir padanya sungguh hebat sehingga dapat membuat sebilah pedang yang tidak mudah pecah dan mudah dikendalinya ’ ” . “ Mana kamu tahu yang saya buat semua itu , kalau tiada bukti yang saya lakukannya ” . “ Dibangunan bersejarah dipangkalan , ada sebilah pedang yang sangat berat sehinggakan hampir 15 orang yang mengangkatnya masuk kedalam . Ukirannya yang sungguh unik dan mempunyai bentuk shuriken pada sarungnya dan tulisan yang sukar untuk dipertejemahkan ” .

Tidak lama kemudian , pesawat A.K.310 telah tiba dipangkalannya . Akilas tidak sabar lagi untuk melihat dan membaca buku sejarah yang diperkatakan oleh Rein tadi sama ada benar atau tidak . Sampai saja dibangunan tersebut , Akilas masuk dengan berdebar-debar . Dia bayangkan kalaulah dia menjadi Master , bagaimana dia hendak membawa 9 negara dibawah pemeritahannya nanti . Hatinya berdebar semakin kencang . Tiba-tiba Rein tepuk dibelakangnya yang membuatkannya terkejut dan hilang dari lamunannya . “ Sini Master terletaknya pedang itu ” Lalu Akilas terus mengekori Rein dari belakang . Tiba saja disana , suatu mesin gate dibuka dan disitulah terpampangnya sebilah pedang yang bersinar sungguh terang . Akilas tidak percaya pedang tersebut derada disitu , dia mula berdebar dan masalah yang dia fikirkan tadi keluar semula . “ Master , cubalah pegang . ia Cuma Master saja yang boleh pegang dengan mudah kerana menurut kata Old Master pedang itu Cuma boleh dikendalikan oleh Flame Caster sahaja . Apabila Master tiada , pedang itu seperti tiada semangat lagi dan terbiar begitu saja ” . “ Baiklah , saya cuba dulu ” lalu Akilas memegang pedang tersebut . Suatu cahaya telah keluar pada simbul shuriken pada sarungnya yang membuatkan personaliti Akilas berubah . Lalu Akilas terus duduk bersila dan matanya bertukar merah , dia seperti tidak sedarkan diri ketika itu .

“ Ahh...! Kat mana saya... ,hah... Mana ni... ? Mana saya ni...? ” jerit Akilas yang dalam kebinggungan kerana melihat tempat yang dia berada sekarang adalah suatu kawasan peperangan . Ramai yang berdarah dihadapannya . Ia seperti satu mimpi ngeri . Tiba-tiba , suatu suara menengurnya dari belakang “ Hai Akilas dah lama kita tak berjumpakan ” . “ Macam pernah dengar suara tu kau Flame kan ” . Lalu Akilas menoleh kebelakang dan melihat Flame berdiri dengan bangganya . “ Hahaha.... Kau memang tak berubah langsung , dari dulu lagi misti lupa nama orangkan . Hahaha..... ” . “ Betullah kau Flame kan . Mana boleh lupalah . Kau tahu aku kat mana sekarang ? ” . “ Hahaha.... Kau sekarang dekat dunia yang dibuat oleh pedang kau , dimana tempat peperangan 30 tahun yang lalu ” . “ Hah... Disinilah tempat yang diceritakan oleh Rein kan ” . “ Ya . Disinilah dimana kau mula-mula berperang . Nampak tak dibahagian depan sana , depan sekali tu . Budak tu kau kenal tak ? ” . “ Siapa dia ? Aku tak pastilah ” . “ Dialah kau yang berumur 8 tahun yang datang kesini untuk menegakkan keadilan dan mulanya aku mengenali kau ” . “ Tapi bukan ke aku kenal kau waktu dajah 4 ” . “ Hahaha.... Nampaknya kau sudah lupakan serangan terakhir kita ‘ DRAGON SLAYER!!!’ aku yang tolong . Kalau tak disebabkan aku kau dah lama kalah . Hahaha......” . “ Entahlah aku seperti tidak ingan apa-apa pun . Kau tahu macam mana aku boleh balik ke dunia asal aku ? ” . “ Kau sekarang ini berada di Spirit World . Kau telah dibawa oleh pedang kau ke sini . Yang kau lihat di sekeliling kau adalah bayangan pedang kau , untuk mengeluarkan semula memory lama kau yang telah lama kau lupakan . Apa yang kau nampak itulah yang berlaku dahulu ketika kau berumur 8 tahun ” . “ Jadi macam mana aku nak balik ? ” . “ Aku akan bukakan pintu ke dunia kau yang sebenar . Balik nanti jangan lupa , bacalah buku sejarah tersebut barulah kau tahu kebenarannya . Kalau ada apa-apa , kau tahu mana mahu cari aku OK . Selamat tinggal , Sayonara.... ” ..........

“ Master...... Master....... master...... Sedarlah.... Master.... ” Rein yang sedang mengejutkan Akilas yang tidak sedarkan diri itu . Tidak berapa lama kemudian , Akilas telah sedar dan matanya kembali kepada asal . “ Ahhhh...... Kat mana saya ni ? Saya dah balik ke ? ” . “ Master..... telah sedar . Baguslah ” . “ Apa dah berlaku ” . “ Master tidak sedar tadi . Semasa Master memegang pedang itu tadi . Saya cuba sedarkan Master tadi , tapi.... ” . ” Takpelah saya cuma berada disuatu tempat yang sanggat dashat . Dah cepatlah , saya tidak sabar lagi ni nak baca buku sejarah tu ” . “ Baiklah . Ini dia , nah ” . “ Terima kasih Rein . Kamu pergilah buat kerja kamu dulu . Biarkan saya seorang diri untuk membacanya OK ” . “ Baiklah Master . Jaga diri , OK ” . Lalu Rein keluar dan Akilas mula membaca . Mukanya mula ceria semula.........

Wednesday, July 28, 2010

PERKENALAN

FLAME UNION adalah satu organisasi berparlimen yang terbesar di dunia . Dunia ini terdapat beberapa organisasi terbesar seperti FLAME UNION , IFWAT UNION , MISTERIOUS , FLAME HEART , LAUBREEZE .Organisasi tersebut dipimpin oleh orang-orang yang tertentu berdasarkan sejarah yang mereka hadapi . Cara , dan langkah mereka mengatasi masalah sangat berbeza antara satu sama lain . Disini ingin menceritakan tentang sejarah FLAME UNION ke-20 century .

FLAME UNION dipimpin oleh FLAME CASTER yang diclasskan sebagai MASTER ( pangkat tertinggi daripada raja ) . Dialah yang telah memerintah lebih kurang sebesar Amarika ,kutub selatan , dan di bahagian timur .Pusat pemerintahannya adalah di atas langit yang menggunakan sistem anti-gravity 0.112 dan sistem-sistem yang canggih . Pangkalan di atas langit digelar sebagai SKY FLAME TERRITORY dan ada juga pusat-puast lain yang terletak di setiap tempat pemerintahan dan di kutub selatan sebagai pusat sumber galian bawah tanah dan markas ketenteraan FLAME UNION . Sumber galian yang biasa digunakan adalah lava , heating coil , heating metal , dan lain-lain lagi .

Dikutub selatan terletak pula 5 pusat iaitu pusat utama dimana tempat kumpul dan turunnya orang dari Sky Flame Territory . Pusat lain adalah pusat kutub utara , selatan , timur , dan barat daripada pusat utama sejauh 1 km dari pusat sebagai tempat pengawalan dan galian . Di Sky Flame Territory pula terdapat pusat pentadbiran , latihan , tempat tinggal , kawasan bersejarah , kawasan rekiyasi bagi semua penduduk di Flame Union . Di situ jugalah tempat dimana mahunya berjumpa FLAME CASTER . FLAME CASTER walaupun seorang pemimpin , dia juga seorang ketua class Master , FLY Type Master , WAR Master . Dia seorang yang berjuang di barisan hadapan daripada semua orang-orangnya . Ingin tahu lebih lagi bacalah cerita ini .......